- Peniaga mengambil risiko yang rendah
- Usahawan mengambil risiko yg terkira @ sederhana.
- Peniaga lebih berminat utk meneruskan perniagaan dari hari ke hari kerana ia merupakan pendapatan harian.
- Usahawan lebih menumpukan kpd pengukuhan perniagaan sedia ada serta merancang utk kembangkan perniagaan ke tahap yang lebih besar dan mencabar.
Monday, December 28, 2009
Siapakah Usahawan???
Monday, December 14, 2009
Majlis Makan Malam Bersama Keluarga Rakan Bisnes
- Kita adalah usahawan dan pastikan juga kita adalah pejuang. Setiap pejuang pasti sanggup dan sentiasa bersedia menempuh segala cabaran. Seorang pejuang tidak berjuang untuk kepentingan diri sendiri tetapi berjuang anak-anak, keluarga dan masyarakat keseluruhannya.
- Persekitaran sentiasa berubah dan cabaran akan terus mendatang. Kita perlu sedar bahawa perubahan persekitaran yang berlaku ada yang di luar kawalan kita dan ada yang dalam kawalan kita. Persekitaran luaran seperti kelembaban ekonomi, inflasi dan kuasa beli pengguna di luar kawalan kita. Namun persekitaran dalaman diri kita tetap dalam kawalan kita. Umpamanya impian untuk menjadi usahawan yang jujur tetap dalam kawalan. Kemahuan dan keinginan untuk berkerja keras, semangat juang yang membara, melayan pelanggan dengan senyuman dari hati dan berperwatakan ceria masih dalam kawalan kita. Maka kawallah persekitaran yang boleh kita kawal.
Wednesday, December 9, 2009
Catatan Perjalanan...Kuching dan Kota Kinabalu
Saturday, November 28, 2009
Wahai Usahawan Jauhilah Sifat-Sifat Mazmumah (Tercela)
Menurut Imam al-Ghazali, antara sifat-sifat mazmumah adalah seperti berikut:-
1. Gemar Makan dan Minum
2. Banyak Berkata-kata (yg sia-sia)
3. Marah
4. Hasad, Dengki, dan Iri Hati
Sifat di atas lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang maksudnya "Hasad itu memakan (memusnahkan) kebajikan sebagaimana api memakan (membakar) kayu". Untuk mengelakkan perasaan hasad, dengki dan iri hati, seseorang itu perlu selalu mengamalkan sifat tawaduk (rendah diri), mengucapkan puji dan syukur kepada Allah atas nikmat yang dikecapi oleh saudara seislam kita. Mudah-mudahan kita juga akan dilimpahi nikmat yang serupa oleh Allah.
6. Takbur
7. Riyak
Riyak ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik yang dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan. Sifat riyak yang nyata seperti menunjuk-nunjuk dalam hal ibadah dan riyak yang tersembunyi ialah beratnya hati seseorang untuk beramal apabila bersendirian tetapi akan berbuat demikian apabila ada orang lain yang menyaksikannya.
9. Kasih akan Dunia
Tuesday, November 17, 2009
IMPIAN + PELUANG + USAHA = HASIL
Bagaimana meyakinkan diri untuk meneroka bisnes jaringan. Bagaimana memberi motivasi pada diri bahawa perniagaan jaringan memang benar-benar boleh merealisasikan impian. Percayalah bahawa perniagaan jaringan adalah satu peluang yang boleh merealisasi impian anda dengan syarat anda tekun mengusahakannya.
Nantikan catatan lanjut: Ayam Jantan Dari Timur
Wednesday, November 11, 2009
Si Tukang Kunci
Dalam kehidupan ini peniaga yang kurang modal biasanya menggunakan cara manual dalam aktiviti pengeluaran dan perkhidmatan, sedangkan peniaga yang ada modal besar menggunakan mesin semi-auto atau auto sepenuhnya. Walaupun mereka terlibat dalam bidang perniagaan yang sama tetapi cara berbeza akibat dari modal yang berbeza. Cara manual perlu guna lebih tenaga, lebih kesabaran, lebih ketabahan, lebih masa dan lebih penat, berbanding yang guna mesin yang perlu lebih modal, guna kurang tenaga, lebih cepat dan kurang penat. Namun kedua-dua peniaga ini masih boleh dan mampu mencipta kejayaan. Hal ini kerana mereka tetap perlu melakukan proses kerja secara berterusan untuk membentuk besi menjadi sebuah kunci yang bermanfaat kepada manusia. Yang berbeza cuma jumlah penghasilan. Proses kerja tetap sama.
Apakah pelajaran yang boleh kita ambil. Kejayaan bukan diukur pada jumlah modal tetapi oleh usaha dan proses kerja yang dilakukan. Proses kerja yang berterusan tanpa ikut musim, tanpa ikut "mood", tanpa mengenal erti penat, tanpa keluhan dan penuh kejujuran adalah lebih bernilai.
Pelajaran dari catatan ini lebih jelas bagi usahawan bisnes jaringan (MLM) kerana aktiviti utama mereka ialah duplikasi (duplikasikan orang untuk melakukan hal yang sama). Usahawan MLM perlu membuat kerja duplikasi ini tanpa henti (Ini tugas kita, amanah yang diberikan kepada kita). Setiap usahawan MLM melakukan kerja ini secara berterusan dan menduplikasikan kepada pengedar-pengedar baru. Lebih banyak kunci yang anda duplikasikan bermakna kejayaan anda lebih besar. Lakukan kerja duplikasi ini secara berterusan dan hasilnya adalah kejayaan yang hebat.
- Mengguna sendiri produk
- Menjual
- Mengajak (menaja) & membimbing pengedar baru
- Meningkatkan ilmu, kemahiran & keupayaan
- Diiringi dengan DOA (tingkatkan tahap motivasi dan bentuk sikap positif)
Jika pembuat kunci membentuk batang-batang besi menjadi sesuatu yang berguna kepada manusia. Usahawan bisnes jaringan pula membentuk manusia di sekeliling mereka menjadi insan berjaya yang berupaya membentuk orang lain menjadikan hidup ini sesuatu yang indah.
Monday, November 9, 2009
Sebuah Catatan Perjalanan...Makassar
Pada malam itu menginap Wisma Dosen (Pensyarah) di Universiti Hasanuddin, Makassar dan berpeluang berkenalan dengan Dr. Jeniffer (pensyarah dari USA dalam bidang Antropologi dan Kesihatan Umum). Juga berpeluang bertamu di rumah Prof. Dr Anuar Arrifin (pernah belajar di UKM 1988).
Pada 5 Nov 2009, memulakan perjalanan ke Pinrang dan Poliwali Sulawesi Barat. Perjalanan mengambil masa 6 jam dan melalui Kota Pare-Pare iaitu sebuah pelabuhan yang kelihatan bersih. Malam itu menginap di Hotel Ratih, Poliwali Sulawesi Barat (malam makan Nasi Goreng Yanco- enak sekali). Berlaku peristiwa Pak Nurdin tertinggal kunci dalam kereta (kami harus mencari jalan keluar untuk selesaikan masalah, bukan fikirkan masalah). Akhirnya berjaya mendapatkan kunci itu tanpa memecahkan cermin tingkap.
6 Nov 2009, selepas sarapan pagi, bersiar di Mandar, Sulawesi Barat dan kemudian ke Kg Pakalele Pinrang, Sulawesi Selatan. Pak Nordin singgah untuk membuat kunci pendua kereta (satu pengajaran dari peristiwa semalam). Ada satu catatan motivasi bisnes hebat dari peristiwa ini. Tunggu...akan menyusul..."Si Tukang Kunci"
Di Kg Pakalele, 3 sesi penerangan peluang bisnes berlangsung. Sesi bermula dengan bertanyakan IMPIAN, diikuti dengan tawaran PELUANG, disusuli dengan cara melakukan USAHA dan barulah memperoleh HASIL. Saya memberi penekanan pentingnya IMPIAN + PELUANG + USAHA = HASIL. Ini bermakna penghasilan bergantung kepada berapa besarnya IMPIAN kita, berapa bagusnya PELUANG yang ada dan berapa tekunnya USAHA yang dilakukan oleh seseorang.
7 Nov 2009, selepas sarapan di Hotel Ratih, saya bersama Pak Nurdin berkunjung ke rumah Ibu Pahirah. Ibu Pahirah adalah seorang usahawan pakaian yang pelanggannya ramai di Irian Jaya dan Singapura. Saya bertanggungjawab menjelaskan SISTEM dan kerja yang mesti dilakukan oleh setiap pengedar @ usahawan bisnes jaringan. Bisnes jaringan perniagaan MLM memerlukan seseorang pengedar melakukan kerja secara berterusan. Kerja seorang usahawan bisnes jaringan boleh dibahagikan kepada 5 yang utama iaitu:
- Mengguna/ memakai produk syarikat setiap bulan
- Menjual produk kepada pengguna
- Mengajak orang yang mahu buat kerja-kerja ini.
- Menambah ilmu & kemahiran bagi meningkatkan kecekapan melakukan kerja
- Disertai dengan doa
8 Nov 2009, saya berkesempatan berbual panjang dengan Pak Osman. Topik perbincangan berkisar tentang kehidupan dan perjuangan. Saya sangat beruntung mengenali Pak Osman. Beberapa perbincangan menarik untuk diteliti seperti teori VS praktikal, ilmu buku VS ilmu luar buku, ilmu logik VS ilmu luar logik. Saya merasakan ilmu, panduan dan pelajaran selama 4 hari bersama Pak Osman memberi sebuah pelajaran bernilai 4 tahun di universiti. Ada sebuah panduan bermakna bagi meningkatkan hubungan sesama manusia akan saya paparkan nanti yang bernama "Teori Kehidupan".
....Menyusul Nanti
- Cerita Si Tukang Kunci
- Milikilah IMPIAN, Rebutlah PELUANG, Tekunilah USAHA Anda.
- Kembalikan kepada Asal Kejadian: Teori Kehidupan
Sunday, November 1, 2009
Wahai Usahawan Didiklah Anak Mu
1) Ajarkanlah anak-anak kamu dengan kalimah "Lailahaillallah". Biasakan mengajar anak-anak kita mengucapkan kalimah ini, baik yang besar apatah yang masih kecil. Peluk anak-anak kita dan dengarkan ke telinga mereka.
Sekian, moga bertemu lagi dengan catatan-catatan yang lain.
Sunday, October 25, 2009
Keghairahan Boleh Melupakan Kepedihan
- Basikal hanyalah sebagai alat, pentas, platform @ alat
- Tayar sokongan sebagai bantuan, tunjukajar @ subsidi
- Jatuh dan bangun adalah sebagai lumrah sebuah perjuangan
- Keghairahan adalah semangat dalam perjuangan
- Luka, berdarah dan pedih itu sebagai pengalaman sangat berharga
Monday, October 19, 2009
Wahai Usahawan - Carilah Kebahagiaan Hidup
Wednesday, October 14, 2009
Lapang & Damaikan Dada Mu Wahai Usahawan
- Tauhid yang benar. Kebersihan dan kesucian tauhid itu boleh membuat hati menjadi lapang, jauh lebih luas dari dunia dan isinya.
- Amal soleh juga membuatkan dada menjadi lapang. Amal soleh itu adalah cahaya di dalam hati, sinar di wajah, kelapangan dalam rezeki dan penyataan cinta di hati orang-orang di sekelilingnya.
- Keberanian. Seseorang pemberani adalah orang yang kaya hati, teguh pendirian dan kuat tubuhnya sebab hanya berharap kepada Allah. Dia tidak akan terusik oleh berbagai-bagai peristiwa, tidak goyah dengan desas-desus dan tidak goncang dengan suara-suara yang mencemaskan.
- Menjauhi maksiat kerana maksiat adalah kesuraman, keliaran dan kegelapan. Dosa-dosa mematikan hati dan mewariskan kehinaan jika dilakukan terus menerus.
- Menjauhi tindakan berlebihan dalam perkara sia-sia sama ada dalam percakapan, makan-minum dan bergaul.
- Kurangkan tidur. Wahai kawan, engkau terlalu banyak tidur, sesungguhnya selepas hidup ini ada tidur yang panjang.
Mudah-mudahan kita beroleh manfaat.
Petikan dari buku La'Tahzan karangan Dr Aidh bin Abdulah Al-Qarni
Wednesday, October 7, 2009
Ilmu, Kemahiran dan Keupayaan....
- ILMU adalah pengetahuan kita dalam sesuatu bidang perniagaan dan elemen-elemen yang berkaitan dengannya. ILMU hanya diperolehi dengan belajar sama ada secara formal atau tidak formal. Orang dulu kata "menuntut". Seorang usahawan perlu menguasai pelbagai ilmu keusahawanan dan perniagaan seperti ilmu pengurusan, ilmu produk, ilmu pemasaran, ilmu kewangan, ilmu perhubungan manusia dan pelbagai ilmu lagi. Apa yang penting ialah usahawan mesti sentiasa terbuka dan bersedia menambah ilmu baru, memahami ilmu sedia ada dan mempertingkatkan kefahaman dengan mengaitkan pelbagai sumber ilmu itu menjadi satu yang menyeluruh. Begitu juga penguasaan ilmu tentang diri, tujuan kehidupan dan ilmu ketuhanan perlu diberi perhatian yang sangat serius kerana kejayaan hakiki adalah apabila kita memperoleh syurga Allah.
- KEMAHIRAN adalah kebolehan kita menggunakan ilmu yang dimiliki untuk menyelesaikan sebarang masalah dan cabaran dalam perniagaan. Antara kemahiran yang harus dibina ialah kemahiran membuat keputusan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengawal diri, fikiran dan emosi, kemahiran dalam menentukan keutamaan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran teknikal, kemahiran teknologi dan sebagainya. Kemahiran hanya boleh diperoleh melalui latihan demi latihan. Orang moden kata "latih tubi". Perjalanan dan pengalaman akan terus meningkatkan kemahiran kita. Apa yang penting teruskan perjuangan dalam apa jua situasi kerana ia belum selesai dan tidak akan selesai!!!.
- KEUPAYAAN adalah kemampuan kita dalam melaksanakan rancangan perniagaan. Nafsu kita selalu besar namun keupayaan kita ada batasnya. Oleh itu lakukan sesuatu yang terbaik berdasarkan sumber yang kita miliki. Pada peringkat awal perniagaan elakkan dari berhutang dan pinjaman. Saya sangat tidak menggalakkan anda membuat pinjaman pada awal perniagaan. Gunakan sumber-sumber yang anda miliki terlebih dahulu walaupun terpaksa menjual barangan kesayangan anda. Sejarah membuktikan kejayaan adalah milik mereka yang sanggup berkorban jiwa raga dan hartanya serta berjuang dan terus berjuang.
Sebagai kesimpulan, faktor tahap motivasi, sikap yang positif serta gabungan ilmu, kemahiran dan keupayaan adalah faktor dalaman yang membantu seseorang mencipta kejayaan demi kejayaan. Faktor dalaman adalah sesuatu yang boleh kita bina dan kita kawal. Oleh itu marilah kita bina dan kawal tahap motivasi, sikap, ilmu, kemahiran dan keupayaan kita.
Sekian...jumpa lagi
Tuesday, October 6, 2009
Kemaskan Idea Bisnes Anda Terlebih Dahulu!!!
Thursday, October 1, 2009
Sikap Lebih Penting Dari Bakat...
Tuesday, September 29, 2009
Mencari Waris Bisnes...
Sunday, September 27, 2009
Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan
- Faktor organisasi
- Faktor dalaman
- Faktor luaran.
- Faktor tahap motivasi
- Faktor sikap
- Faktor ilmu, kemahiran dan keupayaan
Saturday, September 26, 2009
Apa itu Pemasaran Rangkaian
1. Anda membeli produk untuk kegunaan sendiri pada setiap bulan,
2. Anda mengsyor atau mencadang kepada orang lain pada setiap masa,
3. Anda menjual sedikit kepada orang lain pada setiap ketika, dan
4. Anda ajak orang yg sanggup buat kerja yg sama jadi ahli pada setiap masa.
Kejujuran yang hilang...
Wednesday, June 10, 2009
Usahawan Kerjaya Pilihan: Peluang VS Ketakutan
Saya sering bertanya kepada pelajar universiti tahun akhir. Pertanyaan saya mudah “Siapa yang bersedia untuk menjadi seorang usahawan”. Cuba anda teka berapa peratus yang mahu? Jawapan yang diterima amat mendukacitakan. Anda tahu kenapa? Adakah perniagaan satu kerjaya yang hina? Tidak. Adakah perniagaan satu kerjaya baru? Tidak. Mereka mengakui kelebihan menjadi seorang usahawan, namun mereka tidak bersedia untuk memenuhi ciri-ciri seorang usahawan. Kesimpulan dari perbincangan itu adalah mereka (pelajar) tidak sanggup berdisiplin dan tidak bersedia untuk bekerja keras.
Satu perkara yang menarik adalah “PELUANG” untuk menjadi usahawan sentiasa terbuka dan tidak pernah tertutup sejak dari dahulu lagi. Belum pernah kita terbaca artikel atau mendengar berita tentang hal itu walaupun ketika ekonomi dalam keadaan gawat. Namun “KETAKUTAN” ahli masyarakat telah menghalang mereka dari berjinak dengan dunia keusahawanan. Ketakutan ini merangkumi banyak perkara. Namun dalam beberapa siri perbincangan, ketakutan yang biasa diutarakan itu hanya berkumandang dalam fikiran, hanya andaian sahaja. Bagi mereka yang mengambil inisiatif untuk berbincang dan mencari jalan keluar dari setiap permasalahan akhirnya akan terpikat dan berjuang dalam bidang perniagaan dan bergelar usahawan. Tahniah saya ucapkan.
Mengapa Usahawan Sebagai Pilihan. Ini satu persoalan besar dan mungkin kita boleh bincangkan kemudian. Sebagai maklumat masyarakat memilih usahawan sebagai pilihan kerjaya kerana sebab-sebab tertentu seperti pencapaian diri, kawalan diri, mencabar diri, melahirkan kreativiti, kerjaya fleksibel, kebebasan kewangan dan lain-lain. Setiap individu mempunyai alasan tersendiri. Persoalan yang lebih besar adalah “Mestikah Aku Menjadi Seorang Usahawan”, “Apakah jenis perniagaan yang selesa untuk saya?”, “Apakah jenis perniagaan yang boleh memperoleh untung?”.
Sunday, May 31, 2009
Kerja Kuat Jadikan Budaya Niaga
Thursday, May 28, 2009
Cabaran Penternak Junior
Tuesday, May 26, 2009
Salam Perjuangan dan Salam Perkenalan
Tiger Woods, seorang pemain golf profesional dan terkemuka pernah ditanya apakah rahsia kejayaannya sebagai seorang pemain golf. Beliau memberitahu tidak ada apa-apa rahsia. Yang penting kejayaannya adalah kerana usaha, latihan dan inisiatifnya hendak menjadi pemain golf yang paling berjaya di dunia.