Tuesday, May 26, 2009

Salam Perjuangan dan Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebagai pembuka bicara saya paparkan dua perkara ringkas berkaitan kejayaan dalam perniagaan. Pertama, kejayaan berniaga bukan datang secara ajaib, dijampi atau menggunakan mentera tertentu. Ia memerlukan nilai-nilai yang khusus dan melibatkan proses berfikir, merancang dan bertindak.
Tiger Woods, seorang pemain golf profesional dan terkemuka pernah ditanya apakah rahsia kejayaannya sebagai seorang pemain golf. Beliau memberitahu tidak ada apa-apa rahsia. Yang penting kejayaannya adalah kerana usaha, latihan dan inisiatifnya hendak menjadi pemain golf yang paling berjaya di dunia.
Kedua, ingat pesanan Ali bin Abi Talib kepada anaknya: “Kekayaan yang paling berharga adalah akal. Kefakiran yang paling besar adalah kebodohan. Sesuatu yang paling keji adalah sikap ujub dan bangga diri. Kemuliaan yang paling tinggi adalah akhlak yang mulia”. Duit bukanlah kunci kepada segala kejayaan. Jika ia tidak disusuli dengan iman serta ilmu dunia dan akhirat, tidak mustahil ramai yang akan tersesat.

1 comment:

  1. Wa'alaikumussalam.

    Sdr Azmi, Terima kasih kerana menjemput saya untuk turut serta dalam platform perbincangan isu2 keusahawanan ini. TAHNIAH diucapkan atas usaha Sdr yang murni itu. Semoga kita semua mendapat rahmat dan hidayah dr Allah SWT. Mudah2an, setiap ilmu yang kita bincangkan di sini akan menjadi nilai tambah kepada kita semua dalam usaha meningkatkan diri dalam semua aspek keusahawanan seiring dengan nilai2 murni.

    ReplyDelete