Thursday, May 28, 2009

Cabaran Penternak Junior

Petang ini saya berkesempatan bertemu dan berbual dengan seorang petani dan penternak junior. Beliau tinggal di Tanjung Sepat dan mula berjinak dalam menternak ikan keli secara kecilan. Usaha kali pertama berjaya. Namun usaha pusingan kedua hampir gagal. Manakan tidak benih keli sebanyak 1000 hanya tinggal sekitar 200 sahaja. Kegembiraan pusingan pertama menjadi mimpi ngeri dan pusingan ketiga terpaksa ditangguhkan.
Persoalannya: Mengapa pusingan ketiga terpaksa ditangguhkan???? Budaya niaga apa yang perlu dimiliki dan diterapkan oleh pendatang baru dunia ternak ini. Marilah kita bincangkan kisah ini dan sebenarnya ramai lagi pendatang baru dunia ternak berdepan dengan masalah ini.

1 comment:

  1. Bagi saya, Kejayaan Sebenar hasil dari asas keusahawanan bukan bergantung semata2 sebanyak mana kita belajar di dalam kelas (book smart). Tuntutan yang lebih penting sekali ialah, bagaimana kita mengharungi sesuatu yang lebih praktikal di luar sana (street smart).

    Bagi Penternak Junior, Tahniah kerana anda telah melepaskan diri dari kepompong kemalasan yang hanya mengharapkan kejayaan datang bergolek. Cuma kita perlu lebih sedar, "Berapa kali jatuh itu tidak penting. Yang lebih penting ialah, kita BANGUN selepas setiap kali kita jatuh! Winners never Quit and The Quitters will never Win".

    Wallahu A'lam....

    ReplyDelete